Diari Perkembangan Bayi
Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.
Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.
Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.
Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.
Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.
Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.
Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".
Bulan kelapan:
Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.
Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.
Bulan kesepuluh:
Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.
Bulan kesebelas:
Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.
Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.
====================================================================
Antara satu ke dua bulan.
“Saya boleh mengangkat kepala apabila dalam keadaan tertiarap. Saya juga boleh menggerakkan kaki dan tangan dengan mudah. Kadangkala saya mungkin terkejut mendengar bunyi yang kuat. Saya suka membuat bunyi “coo” dan juga suka melihat dengan sementara objek.
“Menangis adalah cara pertuturan saya. Kadang kala saya membuat bunyi bunyi “bergembira” dan menoleh kepada sesiapa yang bertutur dengan saya. Saya suka melihat wajah atau objek.”
Antara tiga ke empat bulan
“Saya boleh mengangkat kepala dalam keadaan tertiarap. Saya boleh juga berpusing dan suka bermain dengan tangan. Saya boleh memegang loceng rattle. Saya kenal botol susu atau payu dara ibu. Bila saya terdengar suara yang saya kenal saya akan senyap sementara. Kadang kala saya mungkin ketawa
“Saya senyum jika anda bertutur dengan saya. Saya menunjukkan reaksi kepada suara walaupun tidak dapat melihat punca suara itu.”
Enam bulan
“Saya boleh berpusing dari keadaan meniarap dan sebaliknya. Saya boleh duduk dengan menyokong badan saya dengan tangan. Saya suka bermain dengan kaki. Saya juga boleh mencapai objek dan memasukkannya ke dalam mulut. Jika saya memegang permainan saya boleh menukarkan ke tangan lain. Saya sekarang boleh membuat bunyi ba ba ba dan juga mengenal wajah.
Saya akan mula mencari sumber bunyi yang baru terdengar. Bila bermain saya suka membuat bunyi. Saya boleh memerhati objek dengan lebih lama.”
Sembilan bulan
“Saya boleh duduk tanpa bantuan. Apabila saya memegang permainan saya suka mengetuk dua objek. Saya boleh merangkak. Saya juga suka melihat gambar di dalam buku. Apabila saya melihat mereka yang tidak saya kenali saya mungkin malu dan takut.
“Saya mula mengenal pasti barangan biasa seperti susu, botol dan sebagainya. Saya akan menoleh kepada bunyi yang lemah. Saya suka mengikut bunyi pertuturan seperti mama, dada.”
12 bulan
“Saya boleh mengangkat diri dengan bantuan. Saya boleh berdiri dengan sendiri. Saya suka mengutip barangan yang kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari tunjuk. Saya suka melambai sambil menyebut “bye bye”. Saya boleh menunjuk hidung, mata dan sebagainya. Saya mungkin boleh bertutur dua - tiga patah perkataan. Saya suka menconteng dengan mata pena.
“Saya suka mendengar cerita ringkas. Saya mula memahami perkataan seperti “jangan” “ bye bye” dan sebagainya,”
18 bulan
“Saya boleh berjalan, berlari dan memanjat. Jika dibantu saya boleh berjalan menaiki tangga. Saya boleh mengenal pasti empat bahagian badan. Saya boleh mengunaka 10 - 12 perkataan. Saya suka bermain bersendirian dan juga saya tidak suka berkongsi.
“Saya mula bercakap dengan lebih banyak. Saya boleh mengutip barangan yang kecil dan juga boleh meletakkan tiga kiub diatas satu sama lain. Berjalan adalah lebih menyeronokkan kerana saya tidak lagi berlanggar dengan barangan di sekeliling,”
Antara dua hingga tiga tahun
“Saya boleh menendang bola. Saya boleh menggunakan tiga perkataan dalam satu ayat. Saya boleh meminta sesuatu. Saya mempunyai lebih dari 50 perkataan.
“Saya suka meniru bunyi. Saya boleh mengenal pasti barangan di gambar. Menconteng adalah sesuatu yang amat saya gemari.”
Comments
Post a Comment