Mas Cotek... pusaka asli untuk wanita!!!!
Kali ni nak kongsi khasiat tumbuhan yang dipanggil Mas Cotek ni pulak. Bagi kaum wanita perlu tahu pasal khasiat Mas Cotek ni terutama yang dah berkahwin dan bergelar ibu. Masa berpantang anak pertama dulu saya mengambil set bersalin dari leesa formula, so ada la teh uncang mas cotek ni. Rasa dia ok la tak de la pahit mana pun...nak tahu cuba la rasa....
Mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Mas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Mas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Mas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
- Mengeluarkan toksin dalam badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Sakit urat saraf
- Gout
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Membuang kolestrol dan lemak
- Buasir
- Migraine
- Paru-paru berair
- Pemulih tenaga batin
- Sakit puan
- Senggugut
- Sakit pinggang
- Keletihan
- Masalah tidur
- Rangsangan hormon lelaki
- Mengecutkan rahim peranakan
- Merapatkan pintu rahim
- Sakit lutut
- Mencantikkan dan melicinkan kulit
- Demam/ Selesema
- Awet muda
Comments
Post a Comment