PENGGUNAAN UBAT DAN ALAT-ALAT PERUBATAN KETIKA BERPUASA

Salam,

Malam ni masuk malam kelima kita berterawih dan dah pun genap hari yg keempat kita berpuasa..Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar, walau badan terasa letih dan kurang bermaya...normal la kan bagi ibu yg menyusukan dan hamil pasti tenaga tu terasa kurang..ok la malas nak panjangkan merapu dalam bulan2 puasa ni, apa kata kita tengok panduan berkaitan "PENGGUNAAN UBAT DAN ALAT-ALAT PERUBATAN KETIKA BERPUASA" dibawah ni...rasanya ramai antara kita yg rasa was2 kan bila melibatkan sesetengah prosedur pemeriksaan kesihatan masa berpuasa ni..contoh kalau kita sakit gigi, batal ker tak kalau kita pergi jumpa dentist tuk pemeriksaan gigi? so jawapannya cari kat bawah ni eik...


Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat-alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur (Suppository) dan faraj (Pessary) huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut :

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah :

  1. Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
  2. Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
  3. Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
  4. Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;
  5. Pendermaan atau pemindahan darah;
  6. Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
  7. Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
  8. Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
  9. Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
  10. Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
  11. Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;
  12. Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
  13. Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
  14. Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
  15. Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:
  1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
  2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pengawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
  3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
  4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
  5. Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
  6. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.

Ok la tu jer, entry "ringkas" or entry yg hanya CnP jer tuk panduan dan rujukan bersama...selamat berpuasa dan happy blogging!!!

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts