Info berkaitan pemeriksaan ultrasound / scan
Salam,
Pernah menjalani pemeriksaan ultrasound / scan? Mana yg menjadi pilihan anda, pemeriksaan ultrasound 2D, 3D atau 4D? Sejauh manakah anda tahu apa kegunaan ultrasound tersebut?
Entry kali ni nak kongsi serba sedikit berkaitan ultrasound. Secara ringkas kaedah pemeriksaan ultrasound yg biasa kita dengar ialah:
Lazimnya, pemeriksaan ultrasound ini dibuat mengikut keperluan sahaja, dan tujuan ianya dilakukan juga berbeza mengikut trimester / usia kandungan anda.
Bagi Trimester pertama, pemeriksaan ultrasound ini dilakukan bagi tujuan2 seperti berikut :
Bagi Trimester kedua dan ketiga, pemeriksaan ultrasound ini dilakukan bagi tujuan2 seperti berikut :
Kebiasaannya langkah2 untuk melakukan pemeriksaan ultrasound adalah seperti berikut:
Sumber : Majalah Harmoni, www.plus-size-pregnancy.org, www.muschealth.com, www.americanpregnancy.org, ultrasoundrepairservices.com, health.howstuffworks.com, www.ratuhati.com, www.babycenter.com.my

- Pemeriksaan ultrasound melalui vagina (Vaginal or 'Transvaginal' ultrasound)
- Pemeriksaan ultrasound di perut/abdomen (Abdominal or 'transabdominal' ultrasound)
- Standard ultrasound atau scan 2-D (teknik dua dimensi) ;- dimana ia boleh diumpamakan seperti melihat permukaan pada kepingan badan tertentu pada paparan monitor. Imej yg kelihatan pada monitor agak sukar difahami oleh kebanyakan kita.
- Ultrasound 3-D (teknik tiga dimensi) ;- Secara perumpamaannya , imej 3-D samalah seperti melihat gambar lukisan dari pelbagai sudut. Imej yg kelihatan pada monitor lebih mudah untuk difahami oleh kebanyakan kita. Beberapa kecacatan minor juga dapat dilihat dengan lebih jelas seperti sumbing bibir dan lelangit, polydactily (lebih bilangan jari), micronagthia, kejanggalan cuping telinga dan lain2 lagi.
- Ultrasound 4-D : Teknik 3-D yg bergerak, seolah2 seperti melihat tayangan video 3-D. Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya. Dengan teknik 3-D atau 4-D, anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara kasar samada rupanya seakan mama atau abah.
Lazimnya, pemeriksaan ultrasound ini dibuat mengikut keperluan sahaja, dan tujuan ianya dilakukan juga berbeza mengikut trimester / usia kandungan anda.
Bagi Trimester pertama, pemeriksaan ultrasound ini dilakukan bagi tujuan2 seperti berikut :
- Mengesahkan kehadiran janin termasuk mengesan degupan jantungnya.
- Mengesan lokasi kandungan sama ada di dalam ruang rahim, luar rahim dan sebagainya.
- Mengesahkan keadaan kandungan sama ada kandungan biasa, malar (kandungan anggur) dan sebagainya.
- Mengesan bilangan janin
- Mengesan masalah lain seperti ketumbuhan pada rahim, ovari dan organ pelvis yg lain.
- Mengesahkan usia kandungan
- Mengesan sifat-sifat tertentu yg berkaitan dengan ke abnormalan kongenital atau sindrom pada janin
- Mengetahui keadaan (pembukaan atau pemendekan) serviks (pintu rahim) bagi keadaan cervical incompetence.
- Mengesan kedudukan uri dengan lebih awal.
Bagi Trimester kedua dan ketiga, pemeriksaan ultrasound ini dilakukan bagi tujuan2 seperti berikut :
- Menilai usia kandungan
- Menilai pembesaran janin
- Menilai kecacatan fizikal janin.
- Mengesahkan kedudukan dan anggaran saiz janin.
- Mengukur kandungan air ketuban.
Kebiasaannya langkah2 untuk melakukan pemeriksaan ultrasound adalah seperti berikut:
- Anda hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang.
- Jururawat atau pembantu doktor akan membantu anda dengan menutup dari pangkal peha ke hujung kaki anda dengan kain yg disediakan.
- Anda akan diminta untuk menaikkan sedikit baju anda dan menurunkan sedikit kain/ seluar yg anda pakai, bagi mendedahkan sedikit bahagian perut yg akan disapu gel bagi tujuan pemeriksaan ultrasound.
- Gel berasaskan air akan disapukan secukupnya ke perut anda. Ia membantu gelombang bunyi ini dipindahkan.
- Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi. Anda akan dapat melihatnya di skrin.
- Gambar yang terbaik dapat dihasilkan apabila pundi kencing anda penuh. Seeloknya anda minum 2-3 cawan air sejam sebelum prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak.
- Prosedur ini mengambil masa antara 5 - 30 minit. Bergantung kepada kedudukan bayi anda.
- Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Cuma mungkin anda rasa sedikit tidak selesa kerana gel itu basah, melekit dan sejuk.
- Sesetengah klinik akan memberikan anda salinan hasil ultrasound tersebut dan ada sesetengah klinik pula memerlukan kita meminta sendiri salinan jika kita menginginkannya sebgai simpanan peribadi.
Sumber : Majalah Harmoni, www.plus-size-pregnancy.org, www.muschealth.com, www.americanpregnancy.org, ultrasoundrepairservices.com, health.howstuffworks.com, www.ratuhati.com, www.babycenter.com.my
bestnya dapat tgk baby dlm perut. memang pengalaman yg sgt best..
ReplyDelete