Agar - agar Karamel tak cukup sifat!
Agar - agar karamel ku yang pucat lesi T_T |
Kesilapan teknikal sebab nak cepat , time buat karamel tu terlupa nak letak air, pastu sebab nak cepat keras letak tempat beku pulak, memandai je dah karamel keras tak lekat kat agar-agar tu. Buat agar-agar ni untuk berbuka puasa, dek kerana dah petang takut tak sempat tu yang kalut buat dah hasilnya tak sempurna...Betul la kata orang nak memasak ni pun kena buat dalam keadaan tenang kalau serabut je tak fokus apa yang nak dibuat, hasilnya tak sempurna la.
Pada yang nak cuba boleh try resepi kat bawah ni.
AGAR-AGAR KARAMEL by Fidah Shamen
sumber : Secubit Garam
BAHAN-BAHANNYA : ( Buat separuh dari adunan kat bawah ni )
8 g serbuk jelly ~ guna serbuk agar-agar tapi tak sure pulak berapa gm, main agak-agak je
600 ml air ~ yang ni pun main agak2 jugak
300 ml susu cair - sebab susu cair cuma ada 150ml tu yg buat separuh adunan sahaja
120 g gula halus ~ main agak2 je
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir *
3 camca besar air*(*untuk karamel)
CARA MEMBUATNYA :
Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...
memang suka kuih ni ek? aritu rasanya penah letak resepi juga. tapi memang sedap apa. selamat berpuasa ana
ReplyDeleterupe kureng xpe,jji rasenye sedap...:)
ReplyDeleteow ini stail yg masak dgn agar2 ya.. bole try len kali... menvariasi kan puding karamel..
ReplyDeletebetul tu... yg penting rasanya sedap..mesti habis
ReplyDelete