Bersederhana dalam hubungan

Rata - rata semalam kat bloglist tajuk entry gosip pasal Skandal Khairul Fahmi Che Mat Dgn Awek Baru bernama Dahlia Teck. Tah la sejauh mana hubungan antara Khairul Fahmi dan tunangannya Aimie Harmelia  yang dikatakan retak. Tapi baca kat beutiful nara ada dia sertakan sekali snapshot ambil dari status wall facebook Aimie Harmelia. Dekat blog Jejari runcing milik Aimie Harmelia ni jugak ada dia post entry "Doa untuk kekasih"


Teringat masa zaman bercinta dulu memang sentiasa baca doa ni :
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

.

Sebab tu la pentingnya sikap bersederhana dalam semua perkara. Sesuatu hubungan yang belum pasti jangan la duk canang even bukan niat nak menunjuk atau berbangga. Jangan juga kita terlalu yakin dengan sesuatu kerana tiada yang kekal di dunia ini. Kita tak tahu apa yang bakal kita tempuh esok.

Bukan nak menunding jari kat sesiapa, cuma zaman sekarang ni memang ramai remaja yang duk bercerita perihal hubungan dia dengan pasangannya di blog memasing. Bukan setakat bercerita ada juga yang letak gambar aksi manja bersama boyfriend. Ada sesetengah tu belum bertunang, apa tah lagi berkahwin tapi dah  gelarkan boyfriendnya tu sebagai hubby / suami.

Dari Abu Hurairah berkata,”Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja. Boleh jadi kelak akan menjadi musuhmu dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja. Boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu.
(HR. Turmudzi no.2065)

Comments

  1. betul tu kak..bersederhana la dalam semua hal..

    ReplyDelete
  2. setuju...bersederhana dalam semua hal adalah mengikut sunnah nabi

    ReplyDelete
  3. Kenyataan yg amat ketara dan menyerlah. Tapi sukar membendung penyakit masyarakat yg satu ini kerana iman yg senipis kulit bawang tidak dijaga baik...

    ReplyDelete
  4. a'ah..baru bertunang..lom pasti lagi akan kawen ngan tunangan..tapi abis dah tahu citer luar dan dalam pasal depa aduii malu malu

    ReplyDelete
  5. tp kesian gak lah kat si elia tu...biasalh,bila dah ada nama,yg lama simpan..macam kes mawi dulu

    ReplyDelete
  6. kecoh gak kat twitter... terbaca yg RM tweet .. jd tertahu lah jugak alkesahnya.. cuma belum lah lagi tgk di FB @ blog empunya diri..

    cuma yg pasti.. walau apa jadi usah le guna bhs yg x manis ke apa.. jaga le sikit maruah diri sbg perempuan.. bukan sbb kes ni dah mirip mawi ke apa.. kalo jodoh, Allah pasti tunjukkan jalan nya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts