Menu Berbuka : Puding Coklat Karamel
Satu lagi resepi puding karamel sebagai tambahan pada koleksi puding karamel sebelum ni. Tapi kali ni gatal tangan letak serbuk koko atau coklat dalam bancuhan resepi ni. Pastu kekonon nak buat layer tapi layer tak menjadi, dah nampak comot. Bab rasanya pulak, bila dah letak serbuk koko for sure la bila makan rasa macam makan puding coklat.
Even tak berapa cantik kejadiannya, sibuk jugak nak tayang kat blog eik. Hihihhhi sebenarnya nak tunjuk kat korang resepi puding karamel yang saya try untuk kali ni. Mana tahu korang nak cuba beralih dari resepi puding karamel yang biasa korang buat, boleh pertimbangkan resepi yang ni pulak kan.
PUDING KARAMEL
Eksperiment yang tak menjadi..muahahaha |
Sumber asal: Resepi Raidah
Sumber : Home Sweet Home
Bahan-Bahan:
Bahan untuk puding:
* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Bahan untuk puding:
- 6 biji telur
- 1 tin susu sejat
- 1 tin air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos caramel:
- 1/2 cawan gula pasir
- Sedikit air
Cara penyediaan (sos caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.
Penyediaan puding:
- Pukul telur sehingga kembang.
- Setelah itu masukkan gula.
- Kemudian masukkan susu sejat dan air.
- Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
- Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
- Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.Sedia utk dihidangkan..
* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Nota - Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.
tak kisah rupa asalkn sedap kak..
ReplyDeletetakpe...usaha lagi kak :) semoga berjaya....
ReplyDelete* saya lagi tak pernah buat karamel hehehe
UIA batch 2004, ambil Bahasa Arab
ReplyDeletenak try gak..nampak sedap..lagi bila sejukkan..
ReplyDeletenyumm..nyummm..=p
ReplyDeletebole pki microwave oven instead of pengukus x?
ReplyDelete