¸.•´✿◕ Elakkan Berkata ”KALAU”◕✿´•.¸
Berapa kali kita menyebut perkataan KALAU, JIKA , SEANDAINYA, SEKIRANYA sepanjang hidup kita?
Rasanya ramai antara kita yang dah terbiasa menggunakan perkataan KALAU dalam kehidupan sehari-hari kita, tul tak?
Rasanya korang pun sedia tahu yang perkataan atau ucapan ‘kalau’ tidak sepatutnya digunakan apatah lagi diamalkan tul tak?
Bila kita sering menggunakan perkataan KALAU atau yang seumpama dengannya, boleh memberi gambaran yang kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Seeloknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri.
Sebab itu la, Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:
”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)
Ana : Sama - sama la kita berusaha menghindari dari menggunakan perkataan KALAU!
Assalam ana..arwah bapak acik..dah meninggal dah 11 tahun dulu..masa ack sekolah2 lagi..selalu dengar arwah kata..'kalau' tak pakai..maksudnya jangan gunakan perkatan tu la..lepas tu ada la kawan2 dia..orang n9..kan guna 'kok' ganti kalau..pun arwah kata tak pakai..
ReplyDeletebila baca n3 ana..rupanya dia dah tahu..bertahun dulu..masyaallah..subhanallah..
manusia memang macam tu kan... satu lagi perkataan nak kena elakkan adalah "nasib baik"
ReplyDeletecontohnya ada mamat eksiden moto
(1) mati - orang kata nasib baik mati, kalau hidup pun seksa je
(2) hidup cedera parah - orang kata nasib baik hidup, kalau mati tak sempat taubat
macam2 kan..hehehe..
bersyukurlah apa yang ada pada diri kita seadanya...
ReplyDeletecuba elakkan...
ReplyDeletebetul tu..jangan sesekali kita sebut perkataan kalau kerana kalau itu membuka peluang syaitan..
ReplyDeletesebagai manusia biasa.. kita memang sukar buang habit ber'kalau'....
ReplyDeleteterutama bila berlaku sesuatu musibah..
:(
pernah dengar jugak perkataan kalau tu buka pintu untuk syaitan..da jadi kebiasaan kan kak..akan cuba untuk elak..thanks atas ingatan kak :D
ReplyDeleteaiyakkkk..mcm mane kalau ayat ny mcm ni? kaklu kau dtg sini esk, ak blh amek <<< xblh jgk eh? :(
ReplyDeletekalo banyak sgt berkalau, memang byk kerja tak menjadi kan... :)
ReplyDelete