Kek Lapis Cheese Pesona untuk jamuan perpisahan

Ni cerita yang dah agak basi, tapi tetap nak story mory jugak. Kebusyan sedikit hujung minggu baru ni dgn aktiviti melepak. Biasa la dah namanya hujung minggu kan, cam malas sedikit nak buka lappy ni. (^_-)

Storynya camni, sabtu baru ni hubby ada perjumpaan dgn budak-budak tahun 6 (x-student la dah kan) sebab jumaat hari tu hubby tak berkesempatan nak jumpa ngan diaorang dek kerana kebusyan. So hari sabtu tu saje buat perjumpaan sikit ngan bebudak tu sambil-sambil jamu diaorang sikit ngan makanan.

Tak de la masak banyak pun, sekadar buat muffin coklat dan sebiji Kek Lapis Cheese Pesona, dan ditambah dgn jajan sikit2. Tu je, majlis simple sekadar perjumpaan antara seorang cikgu dgn bakal bekas anak murid.

Gambar time perjumpaan tu ada, tapi malas plak nak upload, so tayang gambar kek je la ya. Gambar ni pun ambil sebagai kenangan sendiri je, tak sempat nak ambil gambar kek yang siap dipotong , janji ada gambar sudah , bukti dah buat kihkihkih.


Kalau korang nak tahu camna rupa sebenar kek ni dan apa rasanya , boleh la cuba try buat sendiri. Tapi apa yang saya boleh katakan biskut ni ala-ala kek batik biskut marie tu rupanya tapi rasa dan warna je yang berbeza. Bahan yg digunakan untuk buat kek ni pun tak banyak mana, nak membuatnya pun tak cerewet tak caya bleh tengok resepi Kek Lapis Cheese Pesona kat bawah ni:

KEK LAPIS CHEESE PESONA
Resepi Asal: Ryo Azhar
Dicuba-uji : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9) - akak guna 8 x 8 in)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE) - akak guna perisa coffee jenama Hup Seng
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (akak guna 400 ml jek)
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (akak kurangkan sikit)
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) (akak gunakan biskut oreo yang telah dibuang krimnya dan kisar, kemudian ayakkan di atas kek)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Comments

  1. sayangnya husband akak ngan student dia kan...best2..ramai ke dpt 5A haritu?

    ReplyDelete
  2. Terpesona kan lepas makan kek ni...:P

    ReplyDelete
  3. berjaya gak buat kek ni...
    saya tengok adik buat, aduh macam susah je tapi sedapkan...

    ReplyDelete
  4. cantik nama kek ni...tgk bahan2 pun mcm mudah je... nak trylah nanti

    ReplyDelete
  5. hari tu nampak dkt blog k.zefa....singgah sini nampak kek ni lagi :) nampaknya kena cuba buat hehe

    ReplyDelete
  6. ari tu ada buat kek lapis asam manis,tapi tak teringat nak amik gambo. len kali lah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts