Ombak Rindu , Ombak Murka atau Ombak Peringatan

Orang dulu selalu kaitankan kejadian alam yang berlaku sebagai satu bala atau peringatan dari Allah S.W.T. Contoh macam di satu daerah dibuat karnival dan ada konsert artis dan selepas berakhirnya konsert di karnival tersebut satu daerah tu di landa ribut kuat sampai merosakkan bangunan, rumah dan sebagainya. Makanya orang kaitkan ribut yang melanda disebabkan daerah tersebut buat konsert yang mana pergaulan antara lelaki dan wanita adalah bebas . Mungkin ada maksiat yg berlaku kerana konsert tersebut jadi sebagai peringatan Allah datangkan ribut kat daerah tersebut.


Mungkin dari segi saintifiknya kejadian ribut petir ke, tsunami ke, tanah runtuh ke ada penjelasan-penjelasan tertentu. Kita pun tak boleh nak menolak hukum alam kan, tapi tak boleh juga nak menolak kemungkinan yang kejadian yang berlaku tu sebagai peringatan dari Allah S.W.T.

Setiap kejadian yang berlaku tu ada sebab musababnya . Apa yang tersirat hanya Allah yang tahu.


Fenomena Ombak Besar di Pantai Teluk Lipat Dungun




Akibat Ombak Besar Dungun


Comments

  1. Allahu Akbar! Seram dan takut tengok ombak besar yang mengganas tu.....

    ReplyDelete
  2. seram tengok kemusnahan akibat ombak tuh.. jauhkan lah malaysia dari malapetaka yang tidak di ingini..amin~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts