Donut Berlin (Berliner) : Kemalasan menyumbat filling

Bila dah malas camni la, tak mengikut resipi. Ikut pada resipi, Donut Berlin (Berliner) ni kena picitkan filling ke dalam donut tu. Dek kerana malas, hanya  salut ngan gula je.

Kalau ikut pada semangat nak membuatnya, memang semangat tahap dewa dah. Sanggup bangun kul 5.00 pg semata-mata nak membuatnya. Tambahan pulak anak dah berbunyi dah lama tak makan donut mama dia buat.

Tah kat mana silapnya, bila donut dah siap digoreng, malas la pulak nak sumbat filling. Hmmm kalau dah malas tu tak boleh nak kata apa la dah kan.

Resipi Donut Berlin (Berliner)


Resipi Donut Berlin ni dah lama disalin. kalau tak silap sebelum mengandungkan Ainul lagi. Kiranya dah hampir 2 tahun jugak la resipi ni duk terperap kat buku khazanah koleksi resipi yang disalin. 

Tak kisah la tu janji hajat nak mencuba resipi ni dah terlaksana . Pasni mungkin akan cuba buat resipi donut yang lain pulak, try buat donut bakar pulak ke , kurang sikit berminyak. Tapi bila akan dicubanya tu tak tahu la lagi, mungkin bulan depan kot. 

Lagi pun donut ni tak berapa elok kalau nak makan kerap sangat . Sedikit info mengenai donut yang perlu diberi perhatian:
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.
Sedikit ngeri dengan info diatas kan?

Apa-apa makanan pun yang kita nak makan kena beringat, jangan terover makan, jgn terlampau kerap sangat makan terutama makanan jenis fast food dan yang berminyak. 

okey la stop dulu membebel bab makan, pada yang nak try buat Donut Berlin (Berliner) ni boleh rujuk resipi dibawah:

Resipi Donut Berlin (Berliner)
Bahan-bahan
  • 500g tepung roti - tpg gandum pong boleh
  • 20g yis kering
  • 295ml susu segar suam
  • 50g gula
  • 6g garam
  • 25g butter
  • 25g shortening
  • 50g kuning telur
  • 1/2 sk parutan kulit lemon
  • esen vanila - tk ltk sbb dh ade lemon
  • Filling - ikut suka
Cara-cara
  • Campurkan yis dan juga susu segar suam. Ketepikan. Biarkan yis kembang lebih kurang 40min.
  • Gaul tepung, gula, garam seperti breadcrumbs. Masukkan butter dan juga shortening. Gaul lagi.
  • Lobangkan bahagian tengah doh.. Kocok2kan kuning telur dan tuang ke dalam tepung. Kacau rata. Tuang campuran susu dan juga yis yg dh kembang td sedikit demi sedikit. Uli.
  • Masukkan pula esen vanila dan juga parutan lemon. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
  • Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dan tekan menu Dough. On kan tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh tadi dengan kain lembab atau cyling film, perap hingga naik dua kali ganda. Doh nih mudah naik, so tak amik masa lama sgt.
  • Tumbuk2kan doh. Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 40g setiap satu.
  • Naikkan doh skali lagik. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. dan sejukkan.
  • Sadurkan donut ke dalam gula halus dan tekan sket agar donut leper sedikit.
  • Inject@paipkan filling ke dalam donut.
  • Siap utk dihidang.
.

Comments

  1. nampak best laa . laparnyee T-T

    ReplyDelete
  2. rajin betul ana memasak. tahniah kerana suka mencuba
    (suka gak mencuba :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts