Hari Nakbah : Berapa ramai yang ambil tahu?

Tahu tak yang hari ni (15hb Mei) merupakan Hari Nakbah?

Ada ke yang tak tahu apa itu Hari Nakbah?

Apa pulak yang di maksudkan dengan Nakbah?

Untuk makluman Nakbah membawa maksud malapetaka besar. Nakbah merujuk kepada peristiwa dimana negara Palestin jatuh ke tangan Israel dan menyaksikan lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk merempat di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini.

Kenapa Ramai yang ambil peduli tentang Hari Nakbah dan Palestin ?

Antara sebab kita perlu ambil tahu berkaitan hal ini ialah :

  1. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu dari wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting dari itu,  ia adalah tanah suci yang ke-3  (disitu terletak Masjid al Aqsa  ) selepas  Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawarah. Ia menjadi transit atau tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Isra dan Mikraj. 

  2. Di samping itu masjid al Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan lewat hadis-hadis yang berkaitan. Bersembahyang di masjid al Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali lipat berbanding bersembahyang di tempat yang lain.

    Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)


  3. Masjid al Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebagaimana yang dinyatakan berikut

    Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra' bin `Azib:

    أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أول ما قدم المدينة نزل على أجداده من الأنصار وأنه صلى قبل بيت المقدس ستة عشر شهرا أو سبعة عشر شهرا.


  4. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi masjid al Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.

    Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. "Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Comments

  1. saya tahu hari nakbah ni, cuma baru hari ni tahu tarikh sebenarnya..TQ berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...maaf sya baru tau..n maaf sya copy paste kat FB tanpa izin..
      tlong izinkan ya

      Delete
  2. saya pun pernah baca tentang hari nakbah ni..tapi tak tau tarikhnya.. :D

    ReplyDelete
  3. tak tahu langsung pasal nakbah...
    tq for info.........

    ReplyDelete
  4. tak tahu pon pasal hari Nakbah sebelom nih..huhuhu
    mekasih atas info yg berguna ini..:)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu kak :) saya hampir terlupa.....

    ReplyDelete
  6. baru tahu :(
    terima kasih krn berkongsi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts