2 tahun lepas beli sekarang baru pakai
Mesin buat mee / mi |
Peralatan dalam gambar sebelah ni la, beli tahun 2010 , tahun 2012 baru la nak rasmi pakai buat pertama kali nya. Hhihi kekonon awal-awal pindah jengka dulu berkobar-kobar nak buat mee kuning sendiri. Last-last semangat tah kemana, mesin buat mee ni duk terperap je dalam kabinet (^_^)
Semalam buat pertama kalinya berjaya juga menguatkan semangat untuk mencuba. Semangat nak kembalikan nostalgia zaman sekolah dulu. Dulu mak saya memang rajin buat mee kuning sendiri , dan kitaorang la yang akan memutar mesin tu. Masa buat mee semalam tu, semua kenangan kembali berputar-putar dalam kepala serentak dengan tangan duk putar mesin mee tu.
Dan ni la hasilnya:
Mungkin asyik sangat imbau kenangan sampai ada kesilapan sedikit time membuatnya. Bila sedar tersilap langkah, mula la risau, risau mee tak menjadi. Alhamdulillah untuk cubaan pertama ni kira menjadi la, walau mee tu jadi ala-ala rambut kerinting sedikit. Nasib baik bila dah rebus kurang nampak kekerintingannya tu hehe
Resipi Homemade mee / mi kuning
Resipi ni saya ambil dari myresipi sumbangan tuntung15@myresipi. Tapi rasanya tuk cubaan yang seterusnya penggunaan air tu kena kurang kan dan buat guna 250gm tepung sahaja rasanya cukup la untuk kitaorang. 500gm tepung tu memang banyak dapat, boleh masak 2 kali.
Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
500gm tepung gandum
1 biji telur
Air ( 1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml )
Sedikit kunyit serbuk
Tuk cara membuatnya boleh rujuk kat sini untuk penggunaan mesin auto dan di sini untuk penggunaan mesin manual.
bagus juga ada mesin buat mee ni...sebab mostly mee yg dijual ada acid boric...
ReplyDeletebulan posa nanti boleh buat mee sendiri.. :)
ReplyDeletedah lama teringin memiliki..tp belum kesampaian
ReplyDeletedapat makan mee yang fresh lagi...sedapnya...
ReplyDeleterajinnya akak..si kecik tu tak kacau ke? kalau amie ni gerenti dah serender dah...ada je jerit sini jerit sana
ReplyDelete