Bubur Kacang hijau dan perkhemahan budak sekolah.
Sama macam menu kuih kasturi di entry " Kuih Kasturi antara kuih kesukaan saya. " menu bubur kacang hijau ni juga antara menu santapan berbuka puasa kami untuk ramadhan yang lepas.
Kat rumah ni, kalau menu bubur memang jarang sangat dibuat, sebabnya malas nak buat. Hihihi, actually bukan malas, kalau malas tak berasap la dapur kan dan sah-sah la berkeroncong perut. Ya la kalau dah terkena penyakit MALAS, usahkan masak bubur, apa jenis masakan pun malas nak buatkan, rasa nak duduk relax je...
Okey la sebenarnya sebab musabab kenapa jarang sangat masak menu jenis bubur ni, yang pertama sebab anak-anak tak berapa suka nak makan, dan sebab yang kedua tak de stok santan (^_^). Dek kerana 2 sebab ni la datangnnya rasa malas nak membuat sendiri.
Korang pulak suka tak makan bubur kacang hijau? dan kalau korang teringin sangat nak makan apa jenis bubur sekalipun, korang masak sendiri atau korang beli je?
Sentuh bab masak bubur ni, teringat zaman sekolah dulu.. ada satu hari tu, masa acara sukan antara sekolah-sekolah peringkat zon, ada la terdengar perbualan sekumpulan budak perempuan mengenai masak bubur. Saya ingat lagi, bebudak perempuan tu cakap, sesiapa yang masuk pengakap dan pergi perkhemahan akan tahu/pandai la bagaimana nak masak bubur kacang. Ya ke ?
Ada eik aktiviti masak bubur time perkhemahan pengakap? Serius saya memang tak de pengalaman langsung bab-bab perkhemahan ni. Setakat perkhemahan ibadah je, tu pun makanan dah disediakan dan tidur pun bukan dalam khemah.
Tapi rasanya lain sekolah, lain aktivitinya kan? Hmmm ada tak dikalangan korang yang ada pengalaman masak bubur kacang time perkhemahan masa sekolah dulu?

Paling gemar bubur kacang hijau..
ReplyDeletelagi letak durian.. superb.. cicah
dgn roti.. hoho.. Alhamdulillah...