Kuih cara manis untuk sarapan tadi...

Kuih cara manis
 Orang kata tiada rotan akar pun berguna kan. Tiada acuan kuih cara atau acuan bahulu yang bercorak buah ceremai atau belimbing, acuan kuih bahulu pelbagai corak ni pun boleh aje.

Cuma rupa je kurang nampak macam kuih cara yang biasa dijual tu. Tak kisah la tu, lagipun apa ada pada rupa kan, janji rasanya sedap. Sesetengah yang jual tu rupa luaran nampak menarik tapi bila di ngap sedikit terus mati selera nak menghabiskan kunyahan, nak telan pun rasa tak sanggup.

Cuma bila guna acuan bahulu pelbagai corak ni, saiz dia kecil la sikit. Nak meletak gula kat setiap kuih tu susah la sikit. Nak kena guna sudu kecil. Kalau tak jadi la comot cam yang saya buat ni.

resipi kuih cara

Time ni tah kemana sudu kecil, bantai guna sudu biasa tu yang berterabur gula tepi-tepi tu.

Okey la pada yang nak try buat sendiri boleh usha-usha resipi kat bawah ni. Mudah je nak membuatnya..

Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG, Kak Nannie

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan


Cara Membuat:
  • Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  • Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  • Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  • Berhati-hati sewaktu keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.

Comments

  1. lama tak makan kuih cara..tiba2 hidung terbau bau je kuih cara ni..haihhh..saje je awak ye ana...

    ReplyDelete
  2. peberet nie...wah sedapnya...esok nak wat gak...huhuhu

    ReplyDelete
  3. bestnye.. selalunye zura beli jer kuih nih~

    ReplyDelete
  4. sedapnya kuih cara....
    memang rajin.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts