Info Figure-Up (Produk Pelangsingan)

Perhatian kepada pengguna atau bakal pengguna Produk Pelangsingan Figure-Up :


Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mewar-warkan bahawa Produk Pelangsingan Figure-Up adalah tidak berdaftar serta mengandungi bahan racun berjadual 'sibutramine' .

Kepada yang masih mempunyai stok produk tersebut ( tidak kira pengguna atau penjual ) buat la pilihan sebaiknya.

Untuk makluman, mana-mana produk yang disahkan mengandungi 'sibutramine' , pengguna produk terbabit berisiko mengalami serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan 'sibutramine' adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

Bagi peniaga pula, sekiranya masih menjual produk yang tidak berdaftar atau produk yang telah disahkan mengandungi bahan racun berjadual, anda berisiko didenda kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sumber : FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Sekalipun anda kata anda makan produk Figure-up ini dan ianya sesuai dengan anda tanpa ada kesan muntah, cirit-birit, pening atau sakit kepala, tapi rasanya lebih elok jika hentikan sahaja pengambilan kerana dikhuatiri kesan hanya terlihat dimasa hadapan . Siapa tahu kan?

Nota Jejari : Pilihan ditangan anda!

Comments

  1. nasib baik ada kawan yang dah berhenti makan tu...risau jugak...penjualan dah berleluasa

    ReplyDelete
  2. Ni ade pameran kat kk,Sabah psl kosmetik.
    Tgk ni utk senarai produk n kosmetik tak selamat digunakan. http://minniejennie.blogspot.com/2014/04/perhatian-wanita-malaysia-awas-produk.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts