Roselle Guarana mengandungi Sibutramine

Satu lagi Ubat Pelansing & Kurus yang tersenarai dalam status Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah disahkan mengandungi Sibutramine :

Roselle Guarana
Actually produk ini telah disahkan mengandungi sibutramine tahun 2010 lagi. Sekarang tak tahu la produk ni masih dijual / masih ada dipasaran lagi ke tidak. Sebagai peringatan dan pengetahuan saya kongsikan juga info berkaitan Roselle Guarana di blog ni.

Info Sibutramine : 
Bahaya Sibutramine yang dicampurkan dalam ubat kurus & pelansing kerana ia bertindak sebagai perencat selera makan di otak. Sesiapa yg mengambilnya akan rasa tidak lapar dan tidak mahu makan

Antara kesan sampingan sibutramine:
  • Stroke
  • Sakit jantung
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kemurungan
  • Kekeliruan
  • Kekejangan otot
  • Sawan
  • Jantung degup laju
  • Pening - pening
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung semua pendaftaran produk yang mengandungi Sibutramine pada Oktober 2010

Untuk pertanyaan lanjut hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800 88 6722 (Isnin-Jumaat; 8pg-5ptg) atau layari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) www.bpfk.gov.my

Sedikit info yang diambil dari internet berkaitan produk ini :

1) Roselle Guarana mengandungi ekstrak roselle, Guarana dan mix berry yg berupaya membantu menyelesaikan masalah berikut:
  • Membakar lemak
  • Mengawal selera (diet)
  • Menyelesaikan masalah edema
  • Meningkatkan metabolisma
2 ) Kandungannya:
  1. Roselle - sejenis tumbuhan yg mengandungi vitamin C yang tinggi dan pelbagai jenis vitamin lain seperti vitamin D, B1 dan B2. Ianya kaya dengan anti oksida untuk
  2. a. menyegarkan dan mengembalikan tenaga
    b. menyihatkan dan mencerdaskan minda
    c. membantu proses pencernaan
    d. membantu melancarkan pembuangan najis
    e. mencantikkan kulit & awet muda
    f. mengurangkan kolesterol yang berlebihan

  3. Guarana esktrak - sejenis herba yg mengandungi guaranine yang boleh mengurangkan kelaparan, hilangkan keletihan dan merawat cirit-birit. Guarana memecahkan lemak berlebihan dan digunakan sebagai tenaga. Guarana mengandungi antioksidan yang tinggi dan mengurangkan sellulite.

  4. Campuran berry - terdiri dari raspberry, cranberry, acaiberry, dan blueberry. mempunyai antioksidan yang tinggi yang dapat melindungi sel-sel badan daripada dioksidasikan. Free radicals sejenis bahan yang membawa keburukan kepada badan. Dengan memakan makanan yang tinggi antioksidannya boleh membuang free radicals ini dari dalam badan. Mix berry juga boleh meningkatkan metabolism kerana antioksidanya yang tinggi. Dengan itu, dapat memecahkan lemak berlebihan dengan cepat dan meningkatkan tenaga.


Nota Jejari : Pilih kurus dengan cara selamat..biar lambat asal tak membahayakan

Comments

Popular Posts