Hukum Whatsapp Ketika Khutbah Jumaat.
Entry khusus buat kaum adam. Kaum hawa pun elok ambil tahu jugak ya untuk disampaikan kepada anak , adik , suami , kenalan atau sesiapa sahaja.
Mungkin korang pernah terperasan ada kaum adam masih meng'update' status terkini atau membalas komen di facebook mahupun berbalas masej di whatsapp even masa tu sepatutnya dia berada di masjid menunaikan solat jumaat.
Kita bersangka baik je la kan mungkin waktu dia update status tu time tu dah habis khutbah dan dah selesai pun solat jumaatnya. Tapi jika memang ada kenalan korang yang memang berbalas whatsapp time khutbah sedang dibacakan elok la korang nasihatkan si polan berkenaan tentang hukum ber'whatsapp' , hukum ber'facebook' atau yang sewaktu dengannya .
Soalan : Whatsapp adalah trend terkini komunikasi. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun, ada jemaah yang berbalas Whatsapp. Apakah hukum membaca atau membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah Jumaat, ustaz ?
Jawapan : Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan memdengar khutbah dengan tekun.
Rasulullah bersabda: " Jika kamu berkata kepada sahabatmu, 'Diam!', padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya.
Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.

Nota Jejari : kalau boleh sebelum kaki melangkah masuk ke dalam masjid off handphone dulu atau paling tidak silentkan...
Nice sharing... De terbaca juga kt fb tadi...
ReplyDelete