Kek Sandwich dilapisi jem strawberi

Budak-budak kat rumah ni puji kek sandwich ni sedap.


Tekak budak-budak kan. Bila ada jem camni plus ada rasa manis-manis suka la sangat diaorang. Rupa lebih kurang tak pa janji gigitan pertama dah rasa sedap, tak sedar je lepas satu potong satu potong yang dimakannya.

Padahalnya kejadian kek ni tak la segebu yang sepatutnya. Udahnya ikut resipi kek ni perlu dikukus, tapi dek kerana pengukus yang ada kecik aje tak sesuai nak letak loyang 4 segi, so menderhaka la mamanya ni dengan membakar aje adunan kek sandwich ni. Alasan semata kan, padahal tak jadi hal pun kalau kukus dalam loyang bulat.

Tak pa la lain kali boleh cuba lagi. Mungkin kali ni ada kesilapan teknikal, InsyaAllah cubaan kedua nanti lebih cantik kejadiannya, mana tahu kan?

Ok la pada yang nak cuba kat bawah ni saya kongsikan resipi nya.

RESEPI KEK SANDWICH KIWI
sumber : FB Adamsufi Mazri

BAHAN BAHAN NYA:
1/2 sb ovalette
3 Biji telor B ( if gred A= 2 biji je, C=4 biji, D-5 biji)
30g air
100g gula castor/gula halus
100g tepung gandum or tepung cake ( mama guna tepung gandum je )
20g susu tepung
30g minyak
1st choc.emulco
1 sudu kecil baking powder

MEMO TAMBAHAN SINCE RAMAI YANG REQUEST NIE MAMA CONVERT JADI KAN SUKATAN DALAM BENTUK MUDAH BUAT K :

BAHAN BAHAN NYA:
1/2 sb ovalette
3 Biji telor B ( if gred A= 2 biji je, C=4 biji, D-5 biji)
2 sudu besar air
1/2 cawan gula castor /gula halus
3/4 cawan tepung gandum ( sila sukat and simpan balik 1 sudu kecil ya)
1-1/2 sudu kecil susu tepung
2 sudu besar minyak
1st choc.emulco
1 sudu kecil baking powder

Filling: apa apa aje jenis jem kesukaan uolls k .mama guna kiwi …

Cara
Satukan bahanl telur + gula + ovallete + air = beat hingga berkrim and pekat dlm 5 minit high speed..if guna whisk..whisk laju laju hingga berkrim k

Ayak tepung + susu tepung+ baking powder dan add sedikit demi sedikit dlm step di atas hingga habis and sebati ..

Akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata ( guna spatula or whisk aje k ) gentle k

Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan emulco.( if tak de emulco just larutkan 1 sudu besar coco powder dengan sikit air panas hingga jadi pes pekat)

Griskan Loyang or nak senang ikut cara mama guna plastic kukusan ..senang nak keluarkan kek tu nanti , tuangkan semua adunan dan paipkan adunan coklat ikut style masing masing..then loret..

Kukus selama 20'-API SEDERHANA ..UNTUK ELAK KEK BEROMBAK

Setelah masak, potong 2 dan sapu jem dan tindihkan ke atas kek.

Nota Jejari : teringin nak makan kek cheese pulak

Comments

Post a Comment

Popular Posts