Sijil halal Roti Sweetie ditarik balik
Rasanya ramai yang dah biasa dengan roti jenama Sweetie keluaran TODAY BAKERIES PRODUCTS ni kan?
Seingat saya dulu-dulu macam pernah membeli roti berinti jenama Sweetie ni, makan bertahun jugak la tak membelinya. Sejak-sejak dah pandai buat roti sendiri memang dah mengurangkan kekerapan membeli roti melainkan roti keluaran Gardenia. Lagipun dah jarang jumpa roti jenama ni di kedai-kedai mahupun Pasaraya.
Kebetulan hari ni FB Page Sahabat Halal update status berkaitan roti ni. Di bawah ni gambar yang di ambil dari Page Sahabat Halal.
Setakat hari ni ( 19 Oktober 2015 ) status produk keluaran Syarikat Today Bakeries Products ( Klang ) Sdn Bhd adalah tiada tanda halal atau lebih tepat lagi Sijil Halal telah ditarik balik. Sebab musabab sijil halal syarikat tersebut di tarik balik tidak pula dinyatakan. Harap ada la penjelasan berkaitan hal ini nanti.
Lagi pulak mana-mana pembeli yang dah terbiasa dengan produk jenama Sweetie ni mungkin kurang alert tenteang hal ni. Ya la kan sebelum ni memang produk keluaran Syarikat Today Bakeries ni mendapat sijil halal dan sah-sah la waktu masih memilik, sijil halal tertera lambang halal JAKIM di bungkusan roti tu kan. Kekadang manusia ni apa yang dia dah terbiasa makan dia dah tak ambil kisah ada atau tidak lambang halal JAKIM. Maksudnya dia dah tak belek-belek dah roti tu masih ada tanda halal atau tidak. Apa yang dia lebih nampak jenama produk sekian-sekian dah bertahun dia makan, so dia main rembat tanpa lihat lebih teliti la dah kan.
Untuk makluman kalian, Syarikat Today Bakeries Products ( Klang ) Sdn Bhd ni bukan sahaja mengeluarkan produk roti jenama sweetie sahaja. Mengikut laman web www.halal.gov.my terdapat 174 produk dibawah Syarikat Today Bakeries Products ( Klang ) Sdn Bhd yang sijil halalnya di tarik balik. ( Rujuk Senarai di link http://www.halal.gov.my/ehalal/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20050802-091850&id=&type=P )
So lepas ni harap kita akan lebih berhati-hati la ya. Tak semestinya produk yang mendapat sijil halal tu akan kekal dengan sijil tersebut. Sijil halal ni perlu diperbaharui. Kekadang banyak faktor boleh menyebabkan sijil halal sesuatu produk tu ditarik balik.
Sumber : Google |

Nota Jejari : Kena sentiasa alert dan rajin-rajin la belek dan tilik bungkusan produk ya
Comments
Post a Comment