Brownies kek baldu merah berkeju..sedap!!!
Rasanya teksture brownies ni lebih kepada teksture kek, cuma ketinggiannya sahaja yang sedikit rendah. So sebab teksture dia lebih kepada kek cam tak kena pulak nak letak nama brownies tu, sebab tu kat tajuk atas saya letak dua-dua sekali, maka jadilah "Brownies kek baldu merah berkeju" untuk tajuk post ni. Nak buang perkataan brownies tu tak boleh jugak sebab itu dah nama asalnya kan
Mungkin faktor bahagian lapisan cheese yang dibakar sekali menjadikan ianya jatuh dalam kategori brownies. Tak tahu la tu.
Kalau ikutkan pada definisi brownies ialah ;
Ok la berbalik pada brownies kek ni tadi, resipi ni antara resipi Kek Baldu Merah a.k.a Red Velvet Cake yang saya suka guna. Hasil kejadian dan rasa yang memuaskan hati saya. Kiranya ni "a keeper recipes" la bagi saya.
Red Velvet Cheese Brownies
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Lapisan Cheese
Bahan bahan:
Cara cara membuatnya:
Nota:
Mungkin faktor bahagian lapisan cheese yang dibakar sekali menjadikan ianya jatuh dalam kategori brownies. Tak tahu la tu.
Kalau ikutkan pada definisi brownies ialah ;
- www.oxforddictionaries.com - "A small square of rich chocolate cake, typically containing nuts."
- www.oxforddictionaries.com (Oxford Advanced Learner's Dictionary) - "a thick soft flat cake made with chocolate and sometimes nuts and served in small squares"
- www.urbandictionary.com- "A dessert that consists of melted chocolate bars, cocoa powder, sugar, eggs, salt, baking soda, baking powder, and butter or margarine."
Ok la berbalik pada brownies kek ni tadi, resipi ni antara resipi Kek Baldu Merah a.k.a Red Velvet Cake yang saya suka guna. Hasil kejadian dan rasa yang memuaskan hati saya. Kiranya ni "a keeper recipes" la bagi saya.
Red Velvet Cheese Brownies
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
- 2 1/2 cawan all-purpose flour
- 1 sk garam
- 2 sb cocoa powder
- 1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
- 1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
- 1 sb red food colouring
- 1 sk vanilla extract
- 2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
- 1 1/4 cawan gula kaster
- 1 sk white distilled vinegar
- 1 sk baking soda
- Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
- Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
- Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
- Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.
- Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.
- Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.
- Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan.
Bahan bahan:
- 350 gm cream cheese
- 1 cawan gula ising
- 1 biji telur gred A (saya guna gred B)
- 1 sb jus Lemon
Cara cara membuatnya:
- Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim.
- Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi.
- Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.
Nota:
- Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
- Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
- Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko).
- Untuk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.
Nota Jejari : sedap!
Comments
Post a Comment