Sejenis kek yang mampu mengimbau kenangan ; Kek Marjerin


Kerap kali juga bilamana memikirkan kek apa yang ingin dibuat, kenangan zaman remaja dulu datang menerjah.  Dulu-dulu kalau nak makan kek marjerin, cukup  gigih mengadun bahan-bahan. Mana tak gigih guna senduk kayu je pun. Sampai lenguh-lenguh tangan. Kekadang rasa sado sekejap lengan ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Tapi itu la kenangan yang tak mungkin dilupakan , memori buat kek dengan mak. Rindunya saat dan ketika itu.

Sekarang cukup mudah, hanya serah pada  mesin pengadun je; Hand mixer / stand mixer, pilih sahaja yang mana satu mahu digunakan. Tinggal lagi pilihan antara rajin dengan tidak sahaja 😊.

Sebenarnya teringin sangat nak ulang kenangan tersebut dengan anak-anak pula. Tapi sudah tentu la bukan part mengadun gula dan marjerin menggunakan senduk, sian pulak kat anak-anak nanti sakit-sakit tangan hanya semata-mata nak makan kek. Tapikan rasanya anak-anak tak kisah pun, lagi seronok bagi mereka kan. Cuma mamanya ni sahaja yang belum cukup SABAR untuk menghadapi segala kemungkinan. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bayangkan dapur bakal berkecah dengan tepung, adunan yang mungkin terhambur keluar. NEGETIFNYA PEMIKIRAN MAMA KAN KANπŸ˜….  Kenapa la tak nak bayangkan dari sisi lain sahaja kan. Sisi keseronokan anak-anak dapat membantu, keterujaan belajar sesuatu yang baru, belajar untuk menyempurnakan tugasan dengan cermat serta mengenal erti tanggungjawab iaitu mengemas selepas selesai mengadun kek.

InsyaAllah akan dilaksanakan juga impian yang satu ini 😊



Basic Butter Cake
Chef asma  

Bahan  (A): 200 gm majerin planta
                          50 gm butter Anchor
                        150 gm gula kastor
                         100 gm gula aising
               (B)  250 gm telur -tanpa kulit
                           1/4 sudu kecil esen vanilla
               (C)  250 gm tepung gandum blue key@ cap kunci - diayak
                           1 sudu kecil baking powder - diayak

Cara-caranya:
1. Putar bahan (A) sehingga creamy (bg nampak creamy putih).
2. Masukkan telur & esen vanilla.Putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit( semasa masuk tpg ,perlahankan kelajuan mixer). Jangan diputar terlalu lama .
4. Masukkan perisa / pewarna mengikut citarasa anda.
5. Masukkan kedalam loyang 8 inci..Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit - 1 jam.(sehingga masak)

Comments

Popular Posts