Nak tahu ‘Hook’ dalam Video: Jom Kita Borak Santai!

Siapa je yang tak kenal dengan TikTok! 

Laman sesawang yang menjerat ramai dengan gelombang video pendek yang kreatif. Dari tarian viral hingga cabaran unik, TikTok telah menjadi pusat hiburan digital yang semakin popular. Semakin ramai yang terpesona dengan keunikan video pendek dan interaktif yang boleh ditemui di TikTok. Tidak hairanlah, ramai yang asyik menyelak skrin telefon mereka untuk menikmati aksi-aksi lucu lagi kreatif di sana. Video-video produk juga berjaya "meracun" kita untuk membeli. 

So, apa benda yang buat korang tak boleh lepas pandang bila bukak video kat TikTok tu? Itulah dia, 'hook'! 

Apa tu 'hook'? 

Kalau nak senang faham, 'hook' ni macam benda yang buat korang tertarik nak tengok video tu dari mula. Contohnya macam bila korang tengok makanan sedap dalam iklan, pasti melekat dalam kepala, kan?

Hook ni boleh berupa pertanyaan menarik, aksi yang mencengkam, atau misteri yang ingin dipecahkan. Ia seolah-olah menjadi janji kepada penonton bahawa apa yang mereka akan saksikan adalah sesuatu yang istimewa dan layak untuk dihabiskan masa.

Kenapa 'Hook' Penting Sangat? 🤔

1. Tarik Perhatian Awal-Awal:
'Hook' = first impression terbaik. Dia buat orang terus terpaku nak tengok video tu. Ingat tak.. rasa tak sabar nak tengok cerita apa bila teaser dia dah buat korang tak boleh move on? Itulah kehebatan 'hook'! Dia buat korang nak tengok sampai habis.

2. Jangan Biar Penonton Cabut! 🏃‍♂️:
Sekarang ni zaman laju, orang tak patience nak tunggu lama-lama, kalau lambat sikit tak ada ‘hook’, orang cepat bosan. . Dengan 'hook' yang power, korang boleh pastikan penonton tak cabut dari tengok video korang. 

3. Bagitahu Kenapa Patut Tengok:
'Hook' ni macam janji manis. Dia bagitahu korang kenapa patut habiskan masa tengok video tu. Macam dia cakap, "Tengok ni, best gila. Korang rugi kalau tak tengok!"

4. Cipta Atmosfera:
Kalau 'hook' tu terbaik, dia boleh cipta satu atmosfera yang buat penonton rasa, "Wah, seronoknya nak tengok ni!"


Jadi, Kenapa Korang Perlu Belajar Buat 'Hook'?

Sebabnya simple je. Kalau korang tahu buat 'hook' yang best, korang boleh jadi rockstar TikTok! Orang suka tengok video korang, follow, like, share semua datang dengan sendirinya.




Contoh 'Hook'  🌟

1. "Korang rasa bosan takde idea nak masak? Jom, kita masak sesuatu yang cepat dan sedap!"
2. "Hari ni, aku nak ajar korang satu trick hebat yang boleh ubah hidup korang!"
3. "Korang tengah bosan takde idea nak buat apa? Chill, aku ada solution!"

Jadi, itulah serba sedikit pasal apa itu 'hook' dalam video. Sebenar-benarnya admin pun baru je nak kenal-kenal dan belajar cara buat hook ni.  Jom belajar bersama-sama! Go, go, go! 🚀✨

E-Book 100 Hook Ideas Klik Disini

Mana la tahu lepas belajar  dengan e-book kat atas ni kita mudah nak buat hook kan?

Comments

Popular Posts