Buku "1 Hari 1 Buku, Saya Sayang Allah!" : Mengenali Allah dengan Ceria

Assalamualaikum  Ibu ayah! Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu inisiatif yang sangat menarik dan bermakna untuk dilakukan bersama anak-anak kita - Ajar anak untuk kenal Allah . 

Bagaimana ?

Salah satu caranya ialah melalui pendekatan buku iaitu buku bertajuk "1 Hari 1 Buku, Saya Sayang Allah!" .



Buku ini merupakan satu koleksi unik yang direka khas untuk anak-anak berumur 2 tahun ke atas. Terdiri daripada 12 buah buku yang disusun dalam satu kotak premium, ia membawa mesej yang amat penting untuk ditanamkan dalam jiwa anak-anak kita - mengenali dan mencintai Allah SWT.


Kenapa Buku "1 Hari 1 Buku: Saya Sayang Allah!" Istimewa?

Allahuakbar! Hebatnya kalau anak tu dari kecil dah kenal Allah...

Buku ini bukanlah sekadar buku biasa. Tujuannya jauh lebih besar - untuk membimbing anak-anak ke arah keimanan yang kukuh dan kesyukuran yang mendalam kepada Allah SWT. Dalam dunia yang semakin serba sibuk ini, penting bagi kita untuk memastikan bahawa anak-anak kita mempunyai asas yang kukuh dalam mengenali Tuhannya. Dengan memperkenalkan mereka kepada Allah SWT dari usia muda, kita membantu mereka memahami kebesaran dan keindahan-Nya.

Setiap buku dalam koleksi "1 Hari 1 Buku: Saya Sayang Allah!" dihasilkan dengan bahasa yang mudah difahami serta penuh dengan ilustrasi menarik yang pasti akan menarik minat anak-anak.  Ayat-ayat yang ringkas namun bermakna membantu anak-anak untuk memahami konsep-konsep asas mengenai Allah SWT dan nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.



Kelebihan Buku Ini?

Salah satu kelebihan buku ini adalah bahasa yang ringkas tetapi penuh makna. Anak-anak dapat dengan mudah memahami setiap ayat yang disampaikan. Itulah pentingnya! Bila mereka memahami, mereka akan menyintai. Bila mereka menyintai, mereka akan mengamalkan.

Yang menarik mengenai setiap buku dalam koleksi ini adalah ia tidak hanya mengajar anak-anak untuk mengenali Allah, tetapi juga mendorong mereka untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian. Dengan memperkukuhkan asas keimanan mereka dan mengajar mereka nilai-nilai seperti bersyukur, tolong-menolong, dan kejujuran, kita membimbing mereka ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Buku-buku ini juga sesuai untuk anak-anak berusia 5 tahun ke atas, namun jika anak anda sudah mula pandai membaca, ia juga merupakan bacaan yang sangat sesuai untuk mereka. Melalui pendekatan yang santai namun efektif, kita dapat membuka pintu kepada dunia yang luas tentang keagungan Allah SWT kepada anak-anak kita.

Membentuk Generasi Pencinta Allah

Lebih daripada sekadar membaca, buku ini membuka pintu kepada dunia yang luas tentang kebesaran Allah SWT. Setiap kisah membawa pesanan yang mendalam, mengundang anak-anak untuk menelusuri keagungan ciptaan-Nya.

Selepas membaca buku ini, saya yakin anak-anak juga akan mula membangunkan niat dan matlamat untuk berusaha ke arah memasuki syurga-Nya. Dengan memahami kebesaran Allah SWT dan mengamalkan nilai-nilai yang diajar dalam buku-buku ini, mereka akan terpacu untuk menjadi hamba yang lebih baik dan bertaqwa.

Jadi, mari kita bersama-sama mengambil langkah kecil ini dalam menanamkan cinta kepada Allah SWT dalam jiwa anak-anak kita. Jom jadikan pembelajaran tentang Allah SWT satu pengalaman yang riang gembira untuk anak-anak kita.  Melalui buku ini, kita membantu mereka membina asas yang kukuh dalam keimanan dan membuka pintu kepada kebahagiaan sejati di dunia dan di akhirat.

Jom sama-sama ajar anak kita untuk Kenal Allah! 🌟

Sebarang Pertanyaan atau Tempahan boleh klik gambar di atas atau KLIK BUTANG BELI SEKARANG.
Beli Sekarang Klik Disini

Comments

Popular Posts